Array


 Nasional   

Konvensyen DAP tidak bincang k/sama dengan PAS

pada 14-12-2012 04:12 
Oleh Sharifah Azmawati dan Aidil Syukri

Post Pic

PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini enggan mengulas lanjut sama ada akan membincangkan isu kerjasama parti itu dengan PAS dan dasar-dasar Islamnya yang semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat awam pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang akan bermula esok hingga Ahad.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan DAP membincangkan isu yang kini menjadi kekangan kepada parti itu apabila PAS tetap mahu melaksanakan dasar-dasar syariahnya.
 
"Tunggu esok, kita beri perhatian kepada pemilihan dulu dan sekarang ini saya tidak boleh cakap, apa-apa pun tunggu esok selepas pemilihan," katanya dalam satu sidang media khas kongres tersebut tadi.
 
Guan Eng turut menegaskan Kongres DAP kali ini adalah penentu kepada kerjasama parti itu bersama rakan sekutunya PKR dan PAS di bawah Pakatan Rakyat.
 
"Kongres ini penting secara dalaman dan luaran, tentu secara dalaman ini adalah urusan untuk ahli-ahli dan ini adalah satu keputusan yang penting yang akan ditentukan olah ahli-ahli sebelum PRU13.
 
"DAP berharap kongres kali ini akan memberikan perhatian penting kepada agenda Pakatan Rakyat. Kami akan berikan perhatian sepenuhnya kepada agenda PR dan dapat memberikan tumpuan kepada isu yang amat penting kerana menentukan nasib rakyat dan masa depan negara. Kita percaya PR dapat mewarnai masa depan rakyat Malaysia," katanya.
 
Beliau selain itu menegaskan tema Kongres DAP kali ini adalah bertemakan "Perubahan Di Tangan Mu".
 
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Setiausaha Publisiti DAP Nasional, Tony Pua dan Liew Ching Tong.
 
Setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu.



Ruangan Komen