Array


 Nasional   

Pengguna air minta Khalid jangan tuding jari

pada 03-01-2013 02:01 

Post Pic

 

SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai punca masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak seminggu lalu mendapat reaksi negatif orang ramai.
 
Dalam mesej Twitter kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi laman rasmi negeri Selangor, Media Selangorku, beberapa pembaca meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah gangguan air itu dan bukannya menuding jari mencari kesalahan pihak lain.
 
mnadam mnordin @cepetang
"@Khalid_Ibrahim YB, berhenti tuding jari dan selesaikan masalah ni..susah nak mandi wajib..takkan YB nak tanggung dosa tak boleh solat?~ :p".
 
AH @azizulbinhassim
"@Khalid_Ibrahim mohon isu air ini dapat diselesaikan dengan segera, susahkan kami terutamanya orang tua & kanak2. Terima kasih!".
 
Ayu Zulkifli @Bonita_rosetta
"@Khalid_Ibrahim YB jgn nak tukaq cerita..YB kn nak recycle ayaq?;)".
 
Seorang lagi pembaca pula mempersoalkan tindakan Menteri Besar menyalurkan bantuan bekalan air dari negeri Selangor ke kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
 
@warisbanjar
"MBS s/guna kuasa - air Slgr utk selesai masalah air kwsn dia BTR! Aku x izin guna hak anak slng!".
 
Tweet itu dihantar selepas pembacanya membaca tweet daripada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin pada 31 Disember lalu.
 
Faekah Husin @faekah_qkn5
"@Khalid_Ibrahim @arfaziz - Syabas gagal bekalkan air. Bandar Tun Razak terjejas- Selangor akan bantu - lori tangki dari Kajang sampai ptg ni."
 
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PKR Senator Syed Husin Ali turut menghantar tweet dengan mendakwa SYABAS menyekat bekalan air dan tindakan itu sudah dijangka.
 
Faekah Husin @faekah_qkn5
"@syedhusinali Syabas sekat air- Selangor dah jangka. Semua PBT ada sedia tangki, esok UPEN akan pantau seluruh Sel dan WP. Kita bantu."
 
Bagaimanapun, Faekah memberi jaminan kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mengatasinya.
 
Faekah Husin @faekah_qkn5
"@dr_joycelee @syedhusinali Desperado akan guna apa saja hatta atas kesusahan rakyat. Kita ada plan mengatasinya, Allah bsama rakyat Sel."



Ruangan Komen