ISTIMEWA



 Nasional   

Noh Gadut: Kalimah Allah hak mutlak umat Islam

pada 29-12-2012 10:12 

Post Pic

 

JOHOR BHARU: Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut menegaskan penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.
 
Katanya, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH.
 
“Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan.
 
“Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran.
 
‘Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam.
 
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kerajaan perlu membenarkan masyarakat Kristian menggunakan kalimah Allah berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.
 
kenyataan Guan Eng itu mendapat kritikan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan diselar pemimpin politik kerana cuba mengitar semula isu itu dan membakar sentimen penganut Islam di Semenanjung.

Ruangan Komen