ISTIMEWA



 Nasional   

Umat Islam perlu berjihad hingga tiada fitnah

pada 25-01-2013 10:01 Ditulis Oleh Qurnisha Hamka dan Shuhaniza Said

Post Pic

 

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Agama, Kemboja, Zakaria Adam berkata umat Islam perlu berjihad sehingga tiada timbul fitnah yang boleh memecah-belahkan perpaduan seluruh rakyat.
 
Menurut beliau, usaha memecah-belahkan perpaduan itu sebenarnya adalah dakwah syaitan yang tidak berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya.
 
"Dakwah yang baik ialah dakwah yang ada dalam Quran dan hadis serta sunnah Rasullah SAW. 
 
"Dakwah syaitan ialah memecah-belahkan bukan sahaja satu agama (tetapi) memecahkan manusia, ini bukan daripada Allah," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Maqasid, terbitan Antarapos.
 
Zakaria berkata sekiranya fitnah berleluasa, adalah wajar bagi umat Islam melancarkan jihad sehingga syariat Islam benar-benar dapat ditegakkan.
 
"Inilah yang Allah sebut dalam al-Quran... hendaklah kamu jihad sehingga tiada timbul fitnah. Jadi apabila masih fitnah, mesti kita jihad, jihad macam mana? Hingga agama itu untuk Allah...
 
"Apa bawah agama Allah? Ialah keadilan kepada rakyatnya, kemakmuran kepada negaranya dan aman sentosa kepada seluruh dunia inilah agama Allah," katanya sambil menambah bahawa berdakwah bukan sekadar menyaksikan umat bersembahyang.
 
Zakaria seterusnya menghuraikan mereka yang menggunakan nama Islam dan al-Quran perlu memahami bahawa "agama Allah ada dua negerinya, dua tempatnya - dunia dan akhirat."
 
"Bermaknanya sesiapa menjalankan betul dengan apa yang diajar oleh Allah sebab ajaran Allah ini tidak berubah... sunnah Allah tidak ada perubahan.
 
"Apa sunnah Allah? Siapa yang berbuat baik kepada rakyatnya, kepada negaranya keamanan kepada seluruhnya umatnya termasuk manusia, termasuk binatang dan pokok, itu Allah bagi amanah kepada mereka untuk berkuasa di negeri itu," katanya.
 
Beliau berkata adalah menyedihkan melihat umat Islam hari ini berterusan bercakaran sesama sendiri, seolah-olah agama itu gagal menyatukan umat.
 
Zakaria berkata umat Islam sepatutnya malu melihat negara-negara bukan Islam yang mampu bersatu dan memajukan negara masing-masing.
 
"Orang yang tak Muslim tak sembahyang tak puasa boleh bersatu. Malukah Islam dengan orang yang bukan muslim itu? 
 
"Ini bukan makna sembahyang ini khalifah, khalifah itu yang dikehendaki Allah menjadikan manusia di atas muka bumi ini, ialah memakmurkan muka bumi tanpa sembahyang tanpa puasa," katanya.
 
Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kemboja, sebagai pemimpin Islam adalah tanggungjawab mereka menunaikan amanah dengan jujur.
 
"Jangan kita amanah-amanah ini, amanah perkosa (memusnahkan persekitaran), amanah harta, apa-apa amanah ini, kita jangan terkelompok dalam satu keluarga, kalau tidak nanti Allah tidak betul dengan apa yang dikehendaki Allah, kita ada banyak contoh dengan banyak-banyak negara," katanya.

Ruangan Komen